
Myspace Welcome Comments



had her 1st cried on OCTOBER!
Super duper addicted to FB-ing!cant resist it!
Tag me when you done? aitex :P
<$BlogArchiveName$>
________________________________
Sunday, May 25, 2008
Hidupku kini tidak lagi bererti . Aku kesunyian . Kalau ku diberi peluang, ku ingin sangat bertaubat tetapi ku tahu semuanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubor. Hanya maha esa sahaja yang tahu betapa sayu nya hati ku ini. Hatiku digalas kesunyian yang memuncak sekali.
* * * * *
Aku mempunyai seorang ibu sahaja. Ayahku dah lama meninggal dunia kerana kemalangan. Aku tidak tahu mengapa ku rasa betapa jijiknya apabila terpandangmuka ibuku itu. Mungkin kerana ibuku buta. Ataupun mungkin aku malu menanggapnya ibuku. Aku tidak pernah menderhaka kepadanya kerana aku kasihan melihatnya berkerja siang malam untuk membiayai yuran sekolah ku.
* * * * *
"Ibu harini kawan mia datang. Ibu jangan cakap yang ibu.. ibu mia..." aku mengeluh
Ibuku kelihatan sedih ketika itu seperti pokok kesedihan menghempab dirinya. Di kiri api sedih,di kanan duri kecewa.Aku faham dengan perasaan ibu ketika itu tetapi aku malu. Aku bimbang kawanku aku akan ketawakanku mendapat ibu yang buta.
* * * * *
"Aslamualaikum makcik,Mianya mana" Almy kelihatan seram sejuk memandang Makcik Piah.
"Eh! Almy masoklah . Memperkenalkan ini tukang gajiku,Makcik Piah." aku sedaya upaya cuba menipunya.
Ibuku kelihatan sungguh sedih. Dia memandang ke bawah sahaja. Ibumengerti dengan kelakuan ku itu.
" Ya Allah . Maafkanlah anakku itu. Aku tahu dia malu Ya Allah" ibuku mengeluh.
"Mia, gambar ini........"
" Ini makcik piah dengan bapamukan? Maknanya ini ibu kamukan?" Kelihatan risau di raut mukanya.
Ketika itu aku seperti rasa ada batu dilempar tepat pada mukaku. Aku malu! Dengan cepatnya aku mengambil bag aku dan keluar meningalkan ibuku serta kampung halamanku. Aku ngerti dengan perbuatan ku ini. Meninggalkan ibu? Tidak! Ini bukan perangaiku.
** ** ** *** **
" Dahlah Piah! Jangan kau bersedih lagi... "Makcik Seha memujuknya.
" Itulah satu-satunya anakku Seha. Macammana ku tak sedih..." Ibu nangis teresak-esak.
Setiap hari ibu menantikan kepulanganku tetapi bayanganku tetap tidak kelihatan. Hari mengganti hari,ibu kelihatan lemah sekali. Ibu terkapar-kaparuntuk bernafas tetapi akhirnya tubuh ibu ku rebah macam batang pisang yang ditebang.
* * * *
"Ya Allah! Mengapa dengan diriku ini. Mengapa tangisanku tidak berhenti mencura-curah Ya allah." Hatiku kecil ku berkata.
Dengan segeraku pulang ke kampung.Mungkin ada perkara yang berlaku. Setibanya ku ke kampung halaman aku,kelihatan ramai orang di rumah ku itu. Hatiku mula berdegup dengan kencang. Aku terus lari dan.....
" Ibu....!!!! Bangun ibu! "
"Ibumu sudah meninggal dunia,Mia. Tergamak engkau buat bergini kepada ibumu" Makcik Seha nangis teresak-esak sambil memberiku sepucuk kertas.
Kepada anakku,Mia
Ibu faham dengan perbuatan mu itu . Ibu ngerti Mia malu mendapat ibu yg buta sayang. Ibu tidak salahkan Mia. Sudah lama ibu maafkan dosa Mia. Ada satu perkara yang Mia harus tahu,nak. Masih kamu kecil lagi,keluarga kami ditimpa kemalangan. Kerana itu kamu tidak dapat menlihat. Ibu tidak mahu hidup kamu musnah begitu sahaja jadi ibu mendermakan mata ibu ini kepada mu Mia. Ibu masih sayang mu Mia.Pulanglah Mia
"Ibu! Maafkan dosa Mia ibu! " Air mata mula mengalir dari kelopak mata ku itu.
Aku mencium mata ibuku . Air mata ku mula mengalir bagaikan hujan yang tidak berhenti-henti mencurah.
Lamunanku terusik dengan bunyi guruh yang sungguh kuat itu. Baru ku sedar betapa pentingnya ibuk8u dalam hidupku ini.Hidup ku seperti tidak bererti lagi.
"Ibu. Maafkan dosa Mia ibu!!!" Hati jecil ku menjerit- jerit.
12:00 AM
I want to leave it blank here... get lost...
... =]
Outline 5 nursing actions to make me elated? come on come on~~